Monday 13 May 2013

SUKAN DARAT 2013

pada tahun ini sukan darat (kelolaan PIBG dan sekolah) telah diadakan di sekolah Kebangsaan Sg. Siong Sibu. kontijen SKSP telah menghantar atlet sekolah untuk memenuhi jemputan SK sg siong untuk edisi Sukan Darat Pada Kali ini. dalam kejohanan kali ini kontijen SKSP telah mndapat tempat ke 2 di belakang kontijen tuan rumah. Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat.








HARI PERMUAFAKATAN

Segala puji bagi Tuhan sekalian Alam... pada 13 April 2013 hari sabtu telah berlangsung Hari Permuafakatan bagi SKSP. hari Permuafakatan ini bukan sahaja melibatkan SKSP tetapi melibatkan kesemua sekolah dalam jajhan PPD bahagian Sibu. Antara objektif program ini adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara pihak ibu bapa dan warga sekolah,  dan perbincangan aktiviti prasekolah. antara lain agenda hari permuafakatan ini adalah pembentangan program SARANA oleh GB dan juga pembentangan sistem PBS oleh PK1  sebagai input kepada ibu bapa berkenaan program yang dilaksanakan di sekolah sepertimana pekeliling yang d keluarkan oleh KPM. terima kasih di ucapkan kepada ibu bapa yang terlibat dan menghadirkan diri pada Hari Permuafakatan kali ini. semoga dengan kehadiran ibu bapa dapat memajukan lagi SKSP dalam semua bidang yang di ceburi oleh anak-anak murid.