Saturday 30 January 2016

MAJLIS PENUTUP PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 DAN GURU PENYAYANG SKSP 2016


Aktiviti  : Majlis Penutup Program Transisi Tahun 1 & Guru Penyayang
Tarikh   : 22 Januari 2016 (Jumaat)
Tempat : Kelas Transisi Tahun 1 SKSP


Pada 22 Januari 2016 yang lalu, Jawatankuasa Program Transisi Tahun 1 SKSP telah mengadakan Majlis Penutup Program Transisi Tahun 1 & Guru Penyayang yang telah dihadiri oleh para ibu bapa dan penjaga murid-murid Tahun 1. Majlis Penutup ini adalah acara kemuncak kepada Program Transisi Murid Tahun 1 yang berlangsung selama 3 minggu bermula 4 Januari 2016 hinggalah ke 22 Januari 2016. Program Transisi ini merupakan satu inisiatif untuk mempersiapkan murid-murid tahun 1 dan membiasakan diri mereka dengan aktiviti harian dan persekitaran sekolah sebelum memulakan sesi pembelajaran sebenar.


Tentatif Majlis Penutup Program Transisi

acara sukaneka
(acara ini diadakan di dewan kerana cuaca hujan lebat) 





ucapan perasmian penutup oleh guru besar


ibu bapa dan penjaga yang hadir





Persembahan Murid-Murid Tahun 1


Sesi Penyerahan Buku Teks kepada Murid-Murid



Para Ibu Bapa/Penjaga dan Guru Mata Pelajaran Tahun 1 bergambar kenangan



Catatan:
Kepada semua murid-murid Tahun 1, 
selamat memulakan sesi pembelajaran di sekolah rendah.
Semoga terus cemerlang dan menempa pelbagai kejayaan dan pengalaman berguna
sepanjang berada di SK Sungai Passai



MAJLIS PERPISAHAN USTAZAH NURSYAFAWATI


Pada 11 Januari 2016, warga SK Sungai Passai menerima perkhabaran sedih apabila salah seorang daripada gurunya, iaitu Ustazah Nursyafawati Syukry akan meninggalkan SKSP  kerana berpindah ke SK Bahagia Jaya. Setelah hampir setahun berkhidmat di SKSP, beliau akan bertukar ke SK Bahagia Jaya atas tuntutan perjawatan (redeployment).Pada 15 Januari 2016 (Jumaat) telah diadakan Majlis Perpisahan Ustazah Nursyafawati sebagai momen akhir semua warga SKSP bersama beliau.








Semoga ustazah Nursyafawati terus sukses di tempat baru. 
Terima kasih atas segala jasa dan sumbangan
 selama berada di SKSP. 


SELAMAT TAHUN BARU 2016!


Selamat Tahun Baru 2016
kepada semua staff dan warga SK Sungai Passai.
Marilah bersama-sama kita  meningkatkan lagi 
prestasi dan kecemerlangan anak-anak didik kita pada tahun 2016 ini.
Semoga kita terus cemerlang dalam semua aspek
sama ada akademik dan kokurikulum pada tahun ini.

MAJLIS MAKAN MALAM AKHIR TAHUN STAFF SK SUNGAI PASSAI 2015


Aktiviti  : Majlis Makan Malam Akhir Tahun Staff SK Sungai Passai 2015
Tarikh   : 19 November 2015 (Khamis)
Tempat : Paramount Hotel, Sibu











Kepada semua warga SK Sungai Passai,
tahniah atas segala usaha dan kerja keras 
dalam memajukan SKSP sepanjang 2015.
Semoga kita terus sukses di tahun 2016.
Selamat bercuti kepada semua staff

JAMUAN PERPISAHAN TAHUN 6 & JAMUAN AKHIR TAHUN PRASEKOLAH CILIK BESTARI SKSP

    Tarikh  : 19 November 2015 (Khamis)
















Kepada murid-murid tahun 6, selamat melangkah alam sekolah menengah.
Semoga terus sukses dan menjadi insan yang lebih baik  dan mampu menabur bakti
demi kesejahteraan diri, keluarga, bangsa dan negara.

HARI GRADUASI PRASEKOLAH CILIK BESTARI KALI KE-10 & ANUGERAH KECEMERLANGAN SKSP 2015


Hari Graduasi Prasekolah Cilik Bestari Kali Ke-10 & Anugerah Kecemerlangan SKSP 2015
Tarikh : 18 November 2015 (Rabu)
Masa : 0730 pagi - 1200 tengahari













Tahniah kepada pelajar cemerlang:
adik Emelda Gracia - 5A UPSR
adik Julita - 4A IB UPSR
adik Nick Casmelle - 3A 2B UPSR
adik Arif Amirul - Anugerah Cemerlang Kokurikulum
adik Jacquelynna Sudau - Anugerah Cemerlang Prasekolah
Semoga kejayaan anda menjadi pembakar semangat kepada diri sendiri 
dan juga rakan-rakan untuk meningkatkan prestasi pada masa depan.