Saturday 30 January 2016

MAJLIS PENUTUP PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 DAN GURU PENYAYANG SKSP 2016


Aktiviti  : Majlis Penutup Program Transisi Tahun 1 & Guru Penyayang
Tarikh   : 22 Januari 2016 (Jumaat)
Tempat : Kelas Transisi Tahun 1 SKSP


Pada 22 Januari 2016 yang lalu, Jawatankuasa Program Transisi Tahun 1 SKSP telah mengadakan Majlis Penutup Program Transisi Tahun 1 & Guru Penyayang yang telah dihadiri oleh para ibu bapa dan penjaga murid-murid Tahun 1. Majlis Penutup ini adalah acara kemuncak kepada Program Transisi Murid Tahun 1 yang berlangsung selama 3 minggu bermula 4 Januari 2016 hinggalah ke 22 Januari 2016. Program Transisi ini merupakan satu inisiatif untuk mempersiapkan murid-murid tahun 1 dan membiasakan diri mereka dengan aktiviti harian dan persekitaran sekolah sebelum memulakan sesi pembelajaran sebenar.


Tentatif Majlis Penutup Program Transisi

acara sukaneka
(acara ini diadakan di dewan kerana cuaca hujan lebat) 





ucapan perasmian penutup oleh guru besar


ibu bapa dan penjaga yang hadir





Persembahan Murid-Murid Tahun 1


Sesi Penyerahan Buku Teks kepada Murid-Murid



Para Ibu Bapa/Penjaga dan Guru Mata Pelajaran Tahun 1 bergambar kenangan



Catatan:
Kepada semua murid-murid Tahun 1, 
selamat memulakan sesi pembelajaran di sekolah rendah.
Semoga terus cemerlang dan menempa pelbagai kejayaan dan pengalaman berguna
sepanjang berada di SK Sungai Passai



No comments:

Post a Comment