Wednesday 27 February 2013

PROGRAM GURU PENYAYANG

Dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih ceria dan kundusif, pihak kementerian telah melancarkan PROGRAM GURU PENYAYANG di semua sekolah-sekolah dalam Malaysia.
Berikut adalah serba sedikit latar belakang program ini diadakan:-
TUJUAN:-
Supaya guru mengamal dan membudayakan sikap penyayang di sekolah.
KONSEP:-
1. Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters).
2. Menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting kepada sekolah.
3. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa dan masyarakat.
OBJEKTIF:-
1. Menjiwai bahawa amalan penyayang adalah budaya guru.
2. Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.
3. Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.
4. Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.
AKTIVITI:-
1. Pelaksanaan Guru Penyayang hendaklah berterusan dan menjadi budaya kepada guru.
2. Dilaksanakan secara berfasa menerusi pelan jangka pendek dan jangka panjang.

Dalam Fasa pertama, tumpuan akan diberi kepada TIGA AKTIVITI berikut;
A. Mengalu-alukan kehadiran murid. Cth: menyambut kedatangan murid ke sekolah, mengucapkan selamat pulang ketika murid hendak pulang dan membuat sapaan.
B. Pelaksanaan Program Mentor Mentee. Cth: Sesi ramah mesra, meraikan hari lahir, bimbingan hala tuju hidup kepada mentee dan lain-lain yang difikirkan dapat mengeratkan hubungan antara MENTOR dengan MENTEE.
C. Memberi penghargaan kepada murid. Cth: Memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada murid seperti meraikan Hari lahir murid, sambutan hari kanak-kanak dan sebagainya.
Dengan adanya program seperti ini, diharap amalan/budaya guru penyayang yang pernah diterapkan dahulu dapat dihidupkan semula sekaligus dapat membendung:-
a) Peningkatan salahlaku disiplin dalam kalangan murid.
b) Peningkatan kadar ponteng murid
c) Pelanggaran etika profesion keguruan
d) Peningkatan bilangan guru yang mengalami tekanan emosi dalam menjalankan tugas.

oleh itu, bagi menyahut saranan pihak KPM sekolah Kebangsaan Sungai Passai telah mengadakan program ini bermula awal persekolahan tahuan 2013. guru berkumpul seawal jam 6.15 pagi untuk menantikan kehadiran murid-murid dengan muka yang ceria dan sentiasa tersenyum.,\






No comments:

Post a Comment