Sunday 25 October 2015

PERPINDAHAN KELAS TAHAP 2 KE BLOK BAHARU

Pada hujung Februari 2015, maka siaplah sudah bangunan blok baharu SK Sungai Passai. Blok setingkat yang memuatkan 4 bilik darjah ini akan dijadikan kelas bagi Tahun 4, 5 dan 6 serta satu bilik yang dijadikan sebagai Bilik Pendidikan Islam. Sehubungan dengan itu, pada 12 Mac 2015, sesi perpindahan kelas Tahap 2 ke Blok Baharu telah diadakan. Semua warga SK Sungai Passai yang terdiri daripada para guru, murid-murid, staf sokongan dan pekerja swasta turut bersama-sama bergotong-royong membantu dalam proses pembersihan kawasan sekitar blok baharu dan juga aktiviti perpindahan peralatan bilik darjah seperti kerusi dan meja ke bangunan baharu.

















 







































Semoga dengan perpindahan ke blok baharu ini akan menjadikan proses pembelajaran lebih lancar, selesa dan menyeronokkan buat murid-murid SK Sungai Passai.

No comments:

Post a Comment