Wednesday 28 October 2015

PROGRAM JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT

Perpustakaan Negara Malaysia dan Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia telah mengadakan program “Mari Membaca Serentak Selama 10 Minit / Let’s Read Together For 10 Minutes” secara serentak seluruh Malaysia.

Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit ini merupakan sebahagian daripada gerakan membaca yang dijalankan setiap tahun sebagai usaha berterusan membentuk masyarakat ke arah membudayakan tabiat membaca.

Pada tahun ini, SK Sungai Passai juga tidak ketinggalan menyambut seruan untuk menjayakan program ini pada 23 April 2015 (Khamis) jam 10.00 hingga 10.10 pagi. Perjalanan program ialah semua warga SKSP akan  berhenti sebentar daripada menjalani sebarang aktiviti dan membaca selama 10 minit secara serentak.








para guru turut tidak ketinggalan meluangkan masa membaca buku
 


















"Membaca Jambatan Ilmu"

No comments:

Post a Comment